TABIAT BERUK YANG MERUGIKAN

TABIAT YANG MERUGIKAN


Mengikut ceritanya, apabila seseorang itu sudah membuat keputusan untuk menangkap beruk beliau terlebih dahulu mempelajari perangai beruk itu dan selepas itu mencari tempat di mana beruk berhimpun dengan banyaknya.

Apabila sudah mengetahui tempat beruk berhimpun maka di waktu beruk tidak ada di situ si pemburu ini akan datang ke tempat itu dengan membawa antara 10 ke 20 biji kelapa muda yang telah ditebuk lubang kecil sekadar boleh beruk memasukkan tangannya ke dalam kelapa itu.

Semua air dan isi dalam kelapa muda telah dikeluarkan oleh si pemburu dan kawan-kawannya untuk dimunafaatkan.

Tiap sebiji kelapa isi dan airnya itu telah dipaku di hujung seutas rantai besi yang panjang sekitar 10 ke 20 meter bergantung kepada keadaan. Tiap satu dari 10 atau 20 buah kelapa itu mempunyai rantai masing-masing.

Si pemburu akan meninggal semua buah kelapa di lapangan tempat yang selalu didatangi oleh beruk sementara hujung rantai yang lain diikat di belakang sebuah kereta yang biasanya jeep yang terletak tidak jauh dari lapangan.

Apabila waktu kepulangan atau kedatangan beruk hampir tiba si pemburu dan kawannya akan bersembunyi dalam semak tidak jauh dari tempat kereta untuk melihat kedatangan beruk.

Di dalam setiap buah kelapa telah dimasukkan beberapa biji kacang goreng yang sangat digemari oleh beruk.

Apabila beruk sampai dan melihat adanya beberapa biji kelapa di lapangan maka mereka perhatikan tiap sebiji kelapa yang tertinggal di situ.

Adalah menjadi TABIAT beruk untuk memasukkan tangannya apabila saja mereka melihat adanya lubang walau di mana jua lubang itu berada.

Jika beruk bertemu manusia yang sedang ketiduran pun pihak beruk akan pergi ke kepala orang itu untuk memasukkan tangannya ke dalam lubang hidung atau/dan lubang telinga si dia yang sedang tidur itu.

Bila beruk memasukkan tangannya ke dalam lubang di kelapa maka tersentuhlah kacang yang ada di dalamnya.

Adalah menjadi TABIAT beruk untuk menggenggam apa saja yang disukainya tanpa mahu melepasnya dalam suasana apa sekalipun pun.

Apabila tangan beruk sudah tergenggam di dalam buah kelapa maka tangan itu tidak boleh dikeluarkan lagi kerana genggaman itu lebih besar dari pintu lubang pada kelapa.

Pihak beruk boleh dengan mudah mengeluarkan tangannya jika dia melepaskan kacang dalam genggamannya. Tetapi oleh kerana TABIATnya tidak mengizinkan maka beruk akan meronta-ronta cuba mengeluarkan tangannya tanpa kejayaan atau sukses.

Apabila semua beruk sudah terperangkap dengan tanganya tidak boleh dikeluarkan dari biji kelapa masing-masing maka pada waktu itu si pemburu akan keluar dari semak tempat persembunyian menuju ke kereta.

Pemburu akan memandu kereta pulang ke rumahnya diekori oleh beruk yang tertambat di belakang kereta dan berteriak sepanjang jalan kerana luka terheret sepanjang jalan sebelum sampai ke rumah pemburu.

Jalan keluar yang paling mudah bagi beruk-beruk ini ialah dengan melepaskan kacang dari genggaman masing-masing dan, setelah itu, dapat mengecilkan penumbuk, yang tadinya menggenggam kacang, seterusnya mengeluarkan tangan dari kelapa untuk bebas dari tambatan rantai yang terikat ke kereta.

Malangnya beruk TIDAK MAHU UBAH TABIAT sehinggalah tiap seekor menjadi korban pemburu.

Comments

Popular posts from this blog

Pertanyaan Seorang perempuan Dan Maksud Tersiratnya...

Isteri bahagia, kunci kebahagian rumahtangga.

Fisioterapi terbaik untuk rawatan sedut kahak