Posts

Showing posts from July, 2021

Isteri bahagia, kunci kebahagian rumahtangga.

Kos hidup yang semakin meningkat dan ditambah pula dengan kos pendidikan anak-anak yang tinggi, ibu bapa berusaha keras untuk melengkapkan segala-galanya. Jika dulu hanya si suami sahaja yang membanting tulang mencari rezeki, tetapi kini kedua-dua tugasan itu ditanggung bersama isteri. Segala-gala benda yang dihajati tercapai apabila kedua-duanya bekerja. Itu juga apa yang terlintas di fikiran pemuda ini. Tetapi,rupa-rupanya rezekinya bertambah murah apabila isterinya membuat keputusan untuk berhenti kerja. DAH 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya. Dulu, isteri seorang wanita yang bekerjaya, ada pendapatan tetap. Gaji bersihnya hampir RM 3,000 setiap bulan. Hidup mewah bila suami isteri dua-dua bekerja. Dari anak seorang, sehinggalah lahir yang ketiga. Selesa, tak rasa langsung sesak tengah bulan. Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya boleh minta kat dia, then hadirlah nafsu untuk tukar handphone, tukar sport r