Posts

Showing posts from August, 2017

Pertanyaan Seorang perempuan Dan Maksud Tersiratnya...

Pertanyaan perempuan dan makna tersiratnya .... 1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? 2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum? Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni! 3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I. 4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi : Tolong picit kepala. 5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek. 6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke? 7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla... Makna tersembunyi : Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je. 8. Kalau perempuan tanya : You

Koleksi Cerpen Lawak

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana . Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sesampai mereka diperhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB. Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata, Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!! Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni. Si suami