Wednesday, 30 November 2016

Orang Lain

DILARANG SOMBONG

Lahir: ditolong oleh Orang lain

Nama : diberi oleh Orang lain

Pendidikan : didapat dari Orang lain

Gaji : diterima dari Orang lain

Kehormatan: diberikan oleh Orang lain

Mandi pertama: dilakukan oleh Orang lain.

Mandi terakhir: dilakukan oleh Orang lain

 Harta setelah meninggal: menjadi hak Orang lain

Pemakaman : dilakukan oleh Orang lain

Ternyata sejak lahir hingga meninggal kita selalu memerlukan Orang Lain.

Kita mulai sedar bahawa hidup ini memerlukan orang lain :

DIMANA KEHEBATAN KITA

Ternyata, kita bukanlah siapa-siapa tanpa "ORANG LAIN".
Bersahabatlah dengan semua orang kerana kita tidak tahu bila kita memerlukan bantuan mereka.

Wednesday, 23 November 2016

Pertahankan keMELAYUAN..

Kenapakah di dalam sebuah Negara yang semua ke 9 Rajanya berbangsa Melayu;

Perdana Menteri dan Timbalannya, Melayu;

Banyak Menteri terdiri dari bangsa Melayu;

Semua Menteri Besar dan Tiga Ketua Menteri juga Melayu;

Pegawai Tinggi kerajaan dan Ketua-Ketua jabatan ramai Melayu;

Banyak pemimpin dan tenaga pelajar di universiti-universiti kerajaan terdiri dari bangsa Melayu;

Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung kebanyakannya Melayu;

Ketua dan Pegawai Angkatan Bersenjata, Polis dan Tentera, dikuasai oleh Melayu.

Tetapi pemimpin MELAYU terus melaung laungkan selamatkan MELAYU?




Selamatkan MELAYU dari apa?

Apakah sebabnya?

Tuesday, 22 November 2016

TABIAT BERUK YANG MERUGIKAN

TABIAT YANG MERUGIKAN


Mengikut ceritanya, apabila seseorang itu sudah membuat keputusan untuk menangkap beruk beliau terlebih dahulu mempelajari perangai beruk itu dan selepas itu mencari tempat di mana beruk berhimpun dengan banyaknya.

Apabila sudah mengetahui tempat beruk berhimpun maka di waktu beruk tidak ada di situ si pemburu ini akan datang ke tempat itu dengan membawa antara 10 ke 20 biji kelapa muda yang telah ditebuk lubang kecil sekadar boleh beruk memasukkan tangannya ke dalam kelapa itu.

Semua air dan isi dalam kelapa muda telah dikeluarkan oleh si pemburu dan kawan-kawannya untuk dimunafaatkan.

Tiap sebiji kelapa isi dan airnya itu telah dipaku di hujung seutas rantai besi yang panjang sekitar 10 ke 20 meter bergantung kepada keadaan. Tiap satu dari 10 atau 20 buah kelapa itu mempunyai rantai masing-masing.

Si pemburu akan meninggal semua buah kelapa di lapangan tempat yang selalu didatangi oleh beruk sementara hujung rantai yang lain diikat di belakang sebuah kereta yang biasanya jeep yang terletak tidak jauh dari lapangan.

Apabila waktu kepulangan atau kedatangan beruk hampir tiba si pemburu dan kawannya akan bersembunyi dalam semak tidak jauh dari tempat kereta untuk melihat kedatangan beruk.

Di dalam setiap buah kelapa telah dimasukkan beberapa biji kacang goreng yang sangat digemari oleh beruk.

Apabila beruk sampai dan melihat adanya beberapa biji kelapa di lapangan maka mereka perhatikan tiap sebiji kelapa yang tertinggal di situ.

Adalah menjadi TABIAT beruk untuk memasukkan tangannya apabila saja mereka melihat adanya lubang walau di mana jua lubang itu berada.

Jika beruk bertemu manusia yang sedang ketiduran pun pihak beruk akan pergi ke kepala orang itu untuk memasukkan tangannya ke dalam lubang hidung atau/dan lubang telinga si dia yang sedang tidur itu.

Bila beruk memasukkan tangannya ke dalam lubang di kelapa maka tersentuhlah kacang yang ada di dalamnya.

Adalah menjadi TABIAT beruk untuk menggenggam apa saja yang disukainya tanpa mahu melepasnya dalam suasana apa sekalipun pun.

Apabila tangan beruk sudah tergenggam di dalam buah kelapa maka tangan itu tidak boleh dikeluarkan lagi kerana genggaman itu lebih besar dari pintu lubang pada kelapa.

Pihak beruk boleh dengan mudah mengeluarkan tangannya jika dia melepaskan kacang dalam genggamannya. Tetapi oleh kerana TABIATnya tidak mengizinkan maka beruk akan meronta-ronta cuba mengeluarkan tangannya tanpa kejayaan atau sukses.

Apabila semua beruk sudah terperangkap dengan tanganya tidak boleh dikeluarkan dari biji kelapa masing-masing maka pada waktu itu si pemburu akan keluar dari semak tempat persembunyian menuju ke kereta.

Pemburu akan memandu kereta pulang ke rumahnya diekori oleh beruk yang tertambat di belakang kereta dan berteriak sepanjang jalan kerana luka terheret sepanjang jalan sebelum sampai ke rumah pemburu.

Jalan keluar yang paling mudah bagi beruk-beruk ini ialah dengan melepaskan kacang dari genggaman masing-masing dan, setelah itu, dapat mengecilkan penumbuk, yang tadinya menggenggam kacang, seterusnya mengeluarkan tangan dari kelapa untuk bebas dari tambatan rantai yang terikat ke kereta.

Malangnya beruk TIDAK MAHU UBAH TABIAT sehinggalah tiap seekor menjadi korban pemburu.

Thursday, 17 November 2016

PERBAHASAN BAJET 2017 – KEMENTERIAN KEWANGAN


PERBAHASAN BAJET 2017 – KEMENTERIAN KEWANGAN


Hutang kerajaan telah melonjak 88.1% dari RM348.6 bilion (2009) kepada RM655.7 bilion (Jun 2016) atau 54.8% daripada nilai GDP kita. Lalu Bayaran Khidmat Hutang melonjak 104% dari RM14.2 bilion (2009) kepada RM26.6 bilion (2016). Nisbah Bayaran Khidmat Hutang pun turut meningkat; dari 9.0% kepada 12.5% dalam tempoh tersebut. Pada tahun 2017, hutang berkenaan akan menokok lagi sebanyak RM40.3 bilion, sebelum ditolak Bayaran Khidmat Hutang.
Dalam pada itu, dilaporkan hutang terbaru atau bakal dipinjam yang besar-besar, antaranya, adalah seperti berikut:
      a) Hutang MRT 1, 2 & 3      = RM120 b

      b) Hutang HSR                     = RM60 b

      c) Hutang 1MDB                  = RM53 b

      d) Hutang ECRL                   = RM55 b

      e) Hutang LRT3                    =  RM10 b

                  Jumlah                      = RM298 b

Seterusnya saya difahamkan kerajaan juga komited terhadap liabiliti hutang off-budget. Justeru saya mohon YB Menteri memberikan gambaran yang lengkap dengan memaklumkan:
a ) Berapakah jumlah hutang kerajaan Persekutuan?

    i) dalam dan luar negara?

    ii) di bawah bajet dan di luar bajet (off budget) saperti PFI, hutang 1MDB, MRT, LRT dan Lebuhraya Pan Borneo?

        b) Apakah saiz hutang tersebut dari segi:

            i) nisbah kepada GDP?

            ii) defisit fiskal?

         iii) dan yang lebih penting lagi, apakah tahap kemampuan membayar balik hutang dari segi debt service ratio?

       c) Mengetahui banyak projek tersebut adalah tidak self financing seperti Lebuhraya Pan Borneo, ECRL, MRT dan UiTM, mohon diperjelaskan sumber dan kaedah funding dan keadah financing masing-masing.

      d) Bagaimanakah kerajaan hendak membayar balik ke semua hutang tersebut sedangkan kerajaan mengalami kesempitan sumber kewangan?



Khusus mengenai ECRL yang hebuh sekarang ini, izinkan saya mendapat beberapa penjelasan dari YB Menteri:
a) Sesungguhnya Projek ini bukanlah projek baru. Kajian telah dibuat oleh JICA pada tahun 1984. Anggaran kos pada masa itu dilaporkan sebanyak RM7 bilion. Kini ianya telah meningkat hampir 700% kepada RM55 bilion. Saya akui kos telah dan meningkat tetapi adakah ianya setinggi itu? Dalam pada itu, pendapatan rakyat dan negara tidaklah pula melonjak setinggi dan sehebat itu. Justeru apakah penyebab lonjakan tersebut?

b) Yang lebih penting lagi ialah jika dulu, dengan kos sebanyak RM7 bilion, didapati ianya tidak viable, apakah kini dengan kos sebanyak RM55 bilion sudah menjadi viable? Sudahkan Feasibility Study dan Cost Benefit Analysis dibuat? Apakah penemuan-penemuanya?

Berapakah harga tiket penumpang pergi balik KL – Kota Baru yang akan dikenakan berbanding dengan harga tiket tambang murah kapal terbang? Berapa lamakah perjalanan ke destinasi yang sama berbanding kapal terbang?

Berapa ramaikah penumpang setahun yang diunjurkan berbanding dengan threshold bilangan penumpang yang diperlukan untuk mencapai Break Even Point (BEP)? Berapa banyakkah pula kargo setahun yang diunjurkan berbanding dengan threshold  muatan kargo yang diperlukan untuk mencapai BEP?

c) saya juga perhatikan dari laporan-laporan yang saya baca, kadar kelajuan maksima ECRL kita ini hanyalah 170 km sejam manakala kosnya pula ialah RM92 juta seKM. Jika dibandingkan dengan kelajuan dan kos seKM kita dengan HSR di Turkey (250 Km/jam; RM25 juta/Km); Sepanyol (300 Km/jam; RM34 juta/Km), Jepun (320/Km; RM36 juta/Km), Perancis (320/Km; RM37 juta/Km) dan China (350 Km/jam; RM66/Km) maka kos ECRL memanglah boleh menjadi bahan polimik.

d) saya sedar hostile terrain boleh menyumbang kepada kos yang tinggi berbanding terrain yang mesra alam. Jika alasan inilah yang diberikan maka saya ingin menarik perhatian YB Menteri bahawa, secara perbandingan, HSR Turkey menghadapi a very difficult stretch of about  200 Km, memerlukan  39 buah terowong dan 33 jambatan manakala our difficult stretch hanyalah 60 Km di Karak – Bentung, sebuah jambatan di Temerluh dan  tanah lembut sepanjang 7 Km di Kuantan. Justeru berikanlah saya sebab-sebab lain yang munasabah.

e) seterusnya apakah syarat-syarat dan terma pinjaman tersebut seperti kadar faedah, tempoh bayaran balik, grace period, asset swapping (jika ada), bekalan atau supplies seperti bahan binaan dan makanan, pengambilan pekerja asing dan tempatan secara langsung, kuota khas untuk Bumiputera dari segi kontrak, pekerjaan dan bekalan bahan binaan dan makanan?

5) Selanjutnya saya mohon pencerahan berhubung angka RM144 bilion yang digembar-gemburkan ekoran dari lawatan YAB PM ke China pada bulan November 2016. Gambaran yang diberikan seolah-olah semuanya bakal pelaburan (FDI) China di Malaysia. Mohon YB Menteri berikan pecahan dari segi:

FDI di Malaysia
  • Pinjaman oleh Malaysia
  • Pembelian oleh Malaysia atau China
  • Pelaburan Malaysia di China, dan
  • Import / Eksport.
Dimaklumkan kedudukan kita dari segi kebahagian (happiness) telah menurun; dari tangga ke 56 ke tangga ke 61, menurut World Happiness Index. Begitu juga kedudukan kekayaan kita telah menurun dari tangga ke 39 (2009) ke tangga 44 (2015) berdasarkan Legatum Prosperity Index. Impak semua ini ialah kedudukakn kita, berdasarkan HDI, menurun 2 mata ke tangga 62.

Kenaikan harga minyak petrol, kenaikan harga minyak masak dan kenaikan kos sara hidup amnya akan memburukkan lagi lanskap ini. Di samping Bajet 2017 ini, apakah Pelan B yang akan kerajaan laksanakan untuk membaik pulih keadaan tersebut?

Kerajaan menyuruh kita berbelanja secara berhemah, utamakan value for money dan tumpukan kepada low investment high returns. Namun apa yang dilakukan oleh kerajaan nampaknya adalah di sebaliknya. Sebagai contoh, difahamkan kos asal BRT Sunway sepanjang 5 km itu hanyalah RM300 juta. Namun kosnya telah melonjak 110% kepada RM634 juta dan purata kosnya seKM adalah sebanyak RM115 juta bagi 1,000 penumpang.

Kos ini tentulah dilihat begitu exorbitant dan membuat kita melopong jika dibandingkan dengan kos membina seKm LRT yang lengkap di Jakarta dan boleh membawa 20,000 penumpang hanyalah RM80 juta seKM! Sudah tentu kos koc LRT sepatutnyalah lebih mahal dari bas tetapi kos LRT Jakarta terbukti jauh lebih murah. Mohon YB Menteri jelaskan lonjakan kos ini dan sebab-sebab kos kita lebih mahal dari LRT Jakarta.

Begitu juga dengan kos membina MRT. Semasa membentangkan Bajet 2011, YAB PM/MKI telah memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa ianya adalah dibiayai oleh pihak swasta. Kini, saya difahamkan, ianya ditanggung oleh kerajaan. Bagaimanakah ianya boleh bertukar sedemikian? Adakah kos tersebut kini telah dimasukkan ke dalam Bajet 2017?

Dalam pada itu, nampaknya kos pembinaannya macam tidak terkawal. Mengikut laporan, kos pembinaan MRT1 kita adalah sebanyak RM451 juta per KM; 110% lebih tinggi dari kos membina MRT Jakarta iaitu hanyalah RM215 juta! Jika dibandingkan dengan Singapura pun kita lebih mahal – RM442 juta per KM! Mengapa kos kita jauh lebih tinggi?

Anggaran kos asal sapertimana yang diunjurkan oleh PEMANDU hanyalah RM40 bilion. Dilaporkan kini ianya telah menjangkau lebih RM70 bilion! Adakah laporan tersebut benar? Jika benar, apakah yang menyebabkan cost overrun ini dan adakah ianya munasabah / justified?

Kos membina MRT2 juga lebih tinggi dari kos membina MRT1. Setelah dibuat normalisation dari segi underground dan elevation, kos pembinaan MRT1 adalah sebanyak 6 juta / KM berbanding RM404.0 juta/KM untuk membina MRT2 iaitu lonjakan asebanyak 23%! Mengapakah boleh berlaku demikian?
Seterusnya apakah faedah yang telah diperolehi oleh Bumuputera dari segi nilai kontrak, bilangan pekerjaan mengikut kategori seperti pengurusan, professional dan telnikal dan bekalan bahan-bahan pembinaan?
Dari segi keutamaan dan berhemah, wajarkah kerajaan menghabiskan wang rakyat sebanyak RM100 juta dengan membina jambatan pejalan kaki yang menghubungkan KL Sentral dengan Taman Tasik yang mana unjuran purata penggunanya tidak sampai pun 1,000 orang sehari?

Patutkah kerajaan berbelanja RM350 juta ke atas sebuah terowong yang menghubungkan stesyen MRT di depan Muzium Negara dengan KL Sentral sedangkan ianya berhampiran dengan jambatan pejalan kaki yang saya sebutkan tadi dan unjuran purata penggunanya juga tidak sampai pun 1,000 orang sehari?
Berhubung kos harga rumah yang melambung-lambung ini, saya yakin ia turut disumbangkan oleh dasar kewangan yang salah yang diperkenalkan oleh BNM. Salah satu antaranya ialah tindakan BNM memanjangkan tempoh bayaran balik. Walaupun niat asalnya baik iaitu untuk merengankan beban bayaran bulanan tetapi ianya telah back fire.

Bayaran balik yang rengan dan mudah ini telah merangsang permintaan dan seterusnya mendorong kenaikan harga rumah berasaskan artificial demand pull. Justeru dasar BNM tersebut telah menambahkan lagi beban hutang golongan ini yang mana hutang isi rumah sudahpun merupakan yang tertinggi di Asia (2015 = 1% daripada GDP). Dalam pada itu, tindakan tersebut menguntungkan pula pemaju dan bank.

Lantaran disyorkan agar Kerajaan lebih mesra rakyat lagi dengan  mengawal harga rumah supaya tidak melebihi empat kali ganda gaji median tahunan kumpulan M40 dan B40. Inilah threshold atau benchmark tahap mampu milik yang patut dijadikan ceiling.

Tuesday, 15 November 2016

Fakta Fakta berkenaan bulan...

Fakta Fakta berkenaan bulan...


Orang Amerika apabila melihat bulan, mereka akan berfikir bagaimana hendak menakluki bulan.

Orang Russia apabila melihat bulan, mereka akan berfikir macam mana nk pegi bulan.

Orang China apabila melihat bulan, mereka akan berfikir perniagaan apa yang boleh buat di bulan.

Orang Malaysia apabila melihat bulan, kita akan berfikir macammana nak hidup bulan ni dan bulan bulan yang mendatang seterusnya....