kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju… kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara… kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja… kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta… kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta… jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu… tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari? apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah? papa semakin parah? wang semakin lelah? jika semalam berlauk, hari cuma berkuah… kerana kerajaan kita sedang susah? maka subsidi kita terpaksa diserah… jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh… apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah? makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang… jika mereka bertanya siapa yang bawa lari kepada siapa patut kami tuding jari? janganlah nanti mereka membenci pertiwi… akibat pencuri
Comments