Apa itu coronavirus?

Apa itu coronavirus?

Coronavirus atau NOVEL CORONAVIRUS 2019 (nCoV-2019) merupakan keluarga / strain baharu daripada virus SARs-CoV dan MERs-CoV. NCoV bermakna “novel Coronavirus ” dan CoV bermakna Coronavirus.

“Novel Virus” bermakna sebarang jenis virus yang tidak pernah kita temui sebelum ini (emergent) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baharu (extant).

NCoV-2019 mula tersebar sekitar akhir Disember lalu di kota Wuhan, Provinsi Huibei, China. Virus ini telah tersebar luas selama lebih sebulan dan merebak ke kota Ezhou dan Huanggang serta lain-lain tempat.


Bagaimanakah ia tercetus?

Semuanya bermula dari China yang mana virus ini datangnya daripada virus yang tersembunyi dalam badan haiwan dan berjangkit kepada manusia kemudian disebarkan sesama manusia. Wabak ini juga berpunca daripada zoonotic disease iaitu wabak daripada haiwan. Salah satu contoh zoonotic disease yang pernah berlaku dulu adalah wabak e-bola.

Bangsa China merupakan bangsa yang memakan hampir semua jenis haiwan yang ada dibumi. Baik haiwan melata, haiwan berterbangan, serangga waima haiwan berbisa. Virus terbaru ini datangnya daripada kota Wuhan dan bermula disebuah pasar yang menjual haiwan liar iaitu Huanan Market. Disini terdapat ratusan jenis binatang liar dijual untuk menjadi santapan bangsa mereka. Disinilah bermulanya virus ini tercetus dan tersebar.

Dikhabarkan hasil kaji selidik saintis China, virus tersebut berpunca daripada sejenis ular hitam belang yang dinamakan ular katam tebu (Bungarus multicinctus). Ular tersebut memang terdapat dijual di Pasar Wuhan dan dijual dengan meluas serta menjadi kegemaran pembeli.

Setakat ini, TIADA vaksin untuk virus ini dan BELUM ADA ubat penawarnya lagi. Kaji selidik giat dijalankan di China oleh saintis mereka bagi membantu mengekang wabak ini dari terus tersebar dan membunuh ramai orang.

Perlu diketahui juga, virus terbaru ini tidak dapat dikesan dengan mudah. Simptom akan menjadi jelas hanya setelah 3 - 7 hari anda terkena jangkitan virus tersebut melalui bawaan udara / airbone. Kerana itu topeng muka amat membantu.


Apakah simptom wabak NCoV-2019 ini?

- Mengalami demam lebih 38 darjah celcius.
- Mengalami batuk kering (dry cough)
- Masalah bernafas dan sesak dada
- Sakit kepala yang teruk
- Badan terasa terlalu penat, lenguh-lenguh dan tak bermaya
- Hilang selera makan
- Berpeluh walaupun keadaan sejuk dan menggigil walaupun keadaan panas diwaktu malam.
- Mengalami kekeliruan mendadak (confusion)
- Mengalami ruam-ruam dan bintik merah
- Mengalami cirit-birit
- Masalah masalah buah pinggang
- Mengalami Pnuemoni
- Jantung berdegup kencang

Apa yang perlu saya buat jika mengalami 4 atau lebih simptom diatas?

1. Segera pakai topeng muka dan jarakkan diri anda daripada orang lain agar tidak berjangkit.

2. Segera ke klinik kesihatan kerajaan atau hospital terdekat dan dapatkan rawatan serta saringan CoV.

3. Jangan bertangguh jika anda mengalami 4 atau lebih simptom diatas. Kerana dikhuatiri anda telah terkena wabak tersebut tanpa sedar. Dapatkan rawatan saringan segera.

4. Jangan menganiaya orang lain seperti sengaja membersin kepada orang lain atau menyediakan makanan untuk orang lain.

Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu saya anbil?

1. Kurangkan aktiviti luar rumah, dan kurangkan berada ditempat crowded terutama yang ada ramai warga asing dari China dan pelancong dari China.

2. Pastikan anda sentiasa membawa topeng muka. Pakai topeng muka ketika berurusan diluar dan dikawasan ramai orang.

3. Elakkan bersentuhan terus atau berinteraksi terus dengan pesakit yang ada simptom nCoV-2019 terutama warganegara China. Jarakkan diri jika berinteraksi.

4. Sila bawa sanitizer bersama anda. Sentiasa basuh tangan / sanitize selepas bersentuhan dengan pesakit yang ada simptom. Keep yourself hygiene.

5. Laporkan kepada KKM atau mana-mana hospital / klinik kesihatan terdekat jika ternampak pesakit dikhuatiri mengalami simptom NCoV-2019.

6. Elakkan memakan makanan yang pelik-pelik seperti makanan eksotik, ulat, serangga atau haiwan liar. Nasihati jika anda ada ternampak orang yang memakan anjing, kucing, biawak, kelawar, ular, ulat, serangga dan lain-lain haiwan eksotik. Jika boleh, kurangkan memakan ayam dan daging yang tidak jelas sumbernya.

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2020!

Comments

Popular posts from this blog

Pertanyaan Seorang perempuan Dan Maksud Tersiratnya...

Isteri bahagia, kunci kebahagian rumahtangga.

Isteri Kena Selalu Habiskan Duit Suami Supaya Rezekinya Semakin Murah