Isteri bahagia, kunci kebahagian rumahtangga.

Kos hidup yang semakin meningkat dan ditambah pula dengan kos pendidikan anak-anak yang tinggi, ibu bapa berusaha keras untuk melengkapkan segala-galanya. Jika dulu hanya si suami sahaja yang membanting tulang mencari rezeki, tetapi kini kedua-dua tugasan itu ditanggung bersama isteri.

Segala-gala benda yang dihajati tercapai apabila kedua-duanya bekerja. Itu juga apa yang terlintas di fikiran pemuda ini. Tetapi,rupa-rupanya rezekinya bertambah murah apabila isterinya membuat keputusan untuk berhenti kerja.

DAH 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya. Dulu, isteri seorang wanita yang bekerjaya, ada pendapatan tetap. Gaji bersihnya hampir RM 3,000 setiap bulan. Hidup mewah bila suami isteri dua-dua bekerja. Dari anak seorang, sehinggalah lahir yang ketiga.

Selesa, tak rasa langsung sesak tengah bulan. Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya boleh minta kat dia, then hadirlah nafsu untuk tukar handphone, tukar sport rim, modified kereta dan sebagainya.

Tak tanya isteri dah, terus buat keputusan sendiri. Balik rumah dengan handphone baru, sport rim baru. Isteri berleterlah kejap, pastu dia cool. Bulan yang spend duit untuk beli macam-macam tu mesti bajet lari, maka minta duit isteri. Isteri bagi jugalah, tapi siap dengan pakej berleter.

Sakit kaki berubat, sakit pinggang berubat.

Comments

Okje said…
Hadap ajelah kalau dah kena leter hihi... berani buat berani tanggunglah kan hihi... yang penting hidup mengikut kemampuan kita, barulah selesa dan tenang. Kalau nak ikut nafsu mmg sakit kepal dibuatnya

Popular posts from this blog

Pertanyaan Seorang perempuan Dan Maksud Tersiratnya...

Isteri Kena Selalu Habiskan Duit Suami Supaya Rezekinya Semakin Murah