Thursday, 29 December 2016

Perbualan di sebuah warung kopi di sebuah Felda.

Perbualan di sebuah warung kopi di sebuah Felda.
Seorang pak cik leka membelek akhbar Utusan Meloya sambil hisap rokok daun di sebuah meja.

Datang seorang anak muda duduk di hadapannya sambil memesan segelas air dari tokeh warung.

Dialog seterusnya...

Anak Muda: Assalamualaikum, Pak cik

Orang Tua: Waalaikum Salam...(sambil terus belek akhbar utusan dan geleng2 kepala)

Anak Muda: Nape pak cik geleng2 kepala tu? Ada berita buruk ke pak cik akhbar hari ni?

Orang Tua: (letak akhbar, hirup kopi dan memasang rokok daunnya) Ermm..aku pelik dengan Pembangkang ni...Semua yg Najid buat semua salah...Naik harga gula utk kebaikan rakyat pun mereka bantah...pelik betul!! Gula tu memang penyebab kencing manis...memang patut dinaikkan pun..

Anak Muda: Ohh...pasal tu. Abis tu, pak cik setuju ke gula dinaikkan 35 sen?

Orang Tua: Memang setuju asalkan rakyat kita terjaga kesihatannya. Najib bagus..ambik berat hal rakyat.

Anak Muda: Pak cik sekarang ni ada alami sebarang penyakit tak?

(Sambil hirup teh yang baru sampai)

Orang Tua: Pak cik sejak dulu memang kurang minum manis2 ni. Sbb tu pak cik takde kencing manis. Jadi langkah najid tu tepat lah..

Anak Muda: Penyakit apa yang Pak Cik ada sekarang ni?

Orang Tua: Cuma darah tinggi je lah...kencing manis memang takde...

Anak Muda: Cehh..tak adil Najid ni. Sian orang macam Pak cik ni...

Orang Tua: ehhh...nape pulak? Anak Muda: Kenapa dia hanya jaga orang kencing manis je...abis tu darah tinggi macam mana pulak? Patutnya Najid naikkan harga garam juga....baru adil..Dalam masakan yg paling banyak orang guna adalah garam bukan gula...

Orang Tua: Aaahhh...ko memang sengaja nak cari salah Najid...Aku dah kata pembangkang macam tu...cari salah je pandai...semua nak komplen...kasi BR1M sapu gak!! (sambil jeling tajam kat Anak Muda)

Anak Muda: Ehhh...BR1M? Saya boleh kasi Pak Cik BR1M bukan setahun sekali...setiap bulan saya boleh kasi pak cik? Sebut saja pakcik nak berapa? Setiap bulan saya boleh kasi pakcik...betul ni, bukan main2..

Orang Tua: Eleehhh...ko nak kasi aku BR1M? hahaha...rokok pun beli batang...hahaha (sambil ketuk2 meja..) Anak Muda: Serius ni pakcik...Pakcik sebut je berapa BR1M pakcik nak...saya boleh kasi tiap2 bulan!! Bukan setahun sekali macam Najid tu. Ni hah...(sambil tunjuk pada tokeh kedai yang mendengar perbualan) Pak Ali tokeh kedai ni boleh jadi saksi...cakap lah, berapa BR1M pak cik nak dari saya tiap2 bulan?

Orang Tua: Ok..ok..(sambil berdiri nak marah). Aku tak mahu banyak dari kau. Kau kasi aku tiap2 bulan hanya RM 100 je. Boleh? Hahahaha...baru nak hidup dah nak tunjuk pandai ngan aku... Anak Muda: Alaaa...nape sikit sangat Pak Cik mintak? Up la sikit.... Orang Tua: Tak payahhhhh....ko kasi aku seratus ringgit je sebulan cukup lahh...jangan berlagakkk!!

Anak Muda: Ok, baiklah. Saya akan kasi pakcik tiap2 bulan seratus ringgit....tapi dengan satu syarat...

Orang Tua: Laaa...syarat apa pulak? Mana boleh syarat2 plak...nak kasi..kasi je lahhh...Jangan nak belit2...

Anak Muda: Memang la ada syarat. Najid pun camtu...sebelum dia umum nak kasi BR1M, sebelum pilihanraya dia kata...undi BN..kita kasi BR1M...kita naikkan jumlah BR1M...itu kira macam syarat la tu...

Orang Tua: Ok lahhh...apa syaratnya?

Anak Muda: Syaratnya, setiap hari pakcik kasi saya lima puluh ringgit...cukup sebulan saya kasi pakcik BR1M seratus ringgit, amacam? Setuju?

Orang Tua: Woiii...ko ingat aku bodoh ke? Ko ambik duit dari aku tiap2 hari lima puluh rtinggit, sebulan ko kasi aku seratus? Ko ingat aku ni bodoh sangat? Ko guna duit aku, bayar pulak kat aku hanya seratus? Ko untung pulak lagi....jangan nak bodohkan aku...aku tak la bodoh sangat ok..

Anak Muda: Haaaa...kalau tak bodoh baguslah!! Macam tu lah Najid punya cara kasi BR1M, tau tak? Hahahaha... (sambil bangun dari kerusi menuju ke tokeh kedai untuk bayar minuman)

Orang Tua: (terkebil2 sambil pandang Tokeh Kedai yang ketawa besar) Kurang ajar budak nihhhh....!!! Citer sebeloh hulu...

Thursday, 22 December 2016

Cara Malaysia Ku...

Assalamualaikum. Banyak juga perkara yg dilakukan di Malaysia tidak pernah dilakukan di negara lain khususnya di negara maju. Antaranya:

1. Lori berlumba dengan lori di lebuhraya tanpa menghiraukan keselamatan pengguna lain. Pemandu lori kita kebanyakannya adalah bekas pemandu F1.

2. Lori kontena yang berat tercungap cungap memotong lori lain sehingga menyebabkan lebuhraya menjadi sesak.

3. Lori dipandu di lorong kanan dengan kelajuan tinggi. Kadang kala lori main kejar kejar dengan myvi.

4. Bas ekspres dipandu di lorong kanan dengan kelajuan tinggi sehingga semua 40 penumpang berdoa mengikut keimanan masing2.

5. Lori berebut dengan motorsikal menggunakan laluan kecemasan kerana tak mahu que dalam kesesakan.

6. Pemandu sangat perihatin akan kebersihan keretanya sehingga sanggup campak sampah di jalanraya atau tempat parkir. Yang mustahak adalah kereta dia bersih. Jalan kotor takpa sebab bukan jalan bapak dia punya.

7. Pemandu yang cacat akal meletakkan kereta di parkir orang yang cacat fizikal. Pemandu yang cacat akal ini tiada sticker orang kelainan upaya.

8. Penunggang motorsikal parkir sebuah motorsikal di tengah parkir kereta. Pemandu kereta parkir kereta di parkir motorsikal tanpa sebarang rasa bersalah. Mereka tak pasti apa jenis kenderaan yang mereka miliki.

9. Keadaan bas yang seperti rumah hantu bergerak. Ada bas yang sama warna dengan asapnya. Mudah digunakan untuk kerja mengintip oleh CIA. Sesuai untuk penggambaran siri cari hantu 'the seekers'.

10. Pemandu Malaysia suka 'drive thru'. McD dan KFC dah lama ada drive thru concept di US. Di Malaysia kita ada drive thru pasar malam. Tak payah parkir. Terus memandu sambil beli sayur, ikan, dll. In sha Allah tahun 2017 PM akan rasmikan 'drive thru toilet' yang pertama di dunia. Tak perlu parkir. Boleh terus memandu sambil buang air kecil dan besar. Hanya perlu slow down dan buka pintu sikit.

Indahnya negara ku Malaysia...

Thursday, 15 December 2016

Masuk Free Keluar Bayar!!

Ada seorang yang membuka bisnes ZOO HAIWAN

Di pintu masuknya, dia menulis RM10.00/orang tp tdk ada seorangpun yg masuk.....

Kerana beberapa lama tidak ada pengunjung, maka harga tiket pun ia turunkan menjadi RM7.00.. dan tetap tidak seorangpun yg mau masuk....

Disebabkan masih tidak tidak ada juga pengunjung, akhirnya ia turunkan menjadi RM3.00 dan tetap tidak ada pengunjung yang mahu masuk!!

Akhirnya ditulislah pengumuman:
*"MASUK PERCUMA"*
Kemudian ramai org yang berebut2 masuk.

Ketika pengunjung di dalam telah penuh, sipemilik ini memutuskan utk membuka semua pintu kandang binatang buas..Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular.... & pintu keluarnya sudah dikunci !

Di pintu KELUAR di tulis:
*"Keluar Bayar RM100.00!!!"*

Ramai orang berebut membayarnya...

Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, banyak berpuasa, banyak minum air masak, banyak bersukan, makan makanan yg menyihatkan, jaga rehat dan tidur secukupnya..tidak ramai org yg mau mendengarnya..

Tapi kalau sudah masuk HOSPITAL, berapapun mahalnya bil HOSPITAL, kita pasti akan berusaha membayarnya utk kembali sembuh, sekalipun harus jual aset atau berhutang dan cari sumbangan.

Sihat lebih baik daripada sembuh..kerana sihat itu murah..

Begitu juga spt bab sedekah..masa hidup RM50-RM100 tu tersangat berat nak keluarkan..tp bila dah berada d alam barzakh..agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RM beribu2 pun dah tak kisah..

Khas utk renungan dan ingatan pada diri sendiri..

Wednesday, 7 December 2016

KISAH CARA LAYANAN DR MAHATHIR TERHADAP PRESIDEN USA.

KISAH CARA LAYANAN DR MAHATHIR TERHADAP PRESIDEN USA.

Kisah ini pernah ditulis oleh bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin dalam bukunya bertajuk : "Surat daripada Dr Mahathir" dan diringkaskan seperti di bawah :-

1. Pada Perhimpunan Agung UMNO 1991, Tun Dr Mahathir pernah berkata "Jika Malaysia ingin mempertahankan kemerdekaannya, negara ini mestilah mempunyai kekuatannya sendiri, bukan kekuatan ketenteraan tetapi kekuatan ekonomi dan kemampuan untuk membina negara sendiri"

2. Ketika itu Dunia dikejutkan dengan Perak Teluk antara Iraq dan Kuwait pada 1991.

3. Semasa Iraq menceroboh Kuwait, Dr Mahathir berada di Tokyo dan Presiden Bush ketika itu telah membuat panggilan penting dari Washington ke Tokyo untuk bercakap dengan beliau tetapi Dr Mahathir yang ketika itu makan malam dengan seorang rakan Jepun nya tidak melayan panggilan telefon tu dengan segera!

4. Dengan selamba beliau meminta untuk Bush menelefonnya semula kerana beliau masih belum habis makan malam.
Sikap Dr Mahathir ini mengejutkan di kalangan Jepun kerana biasanya pemimpin-pemimpin Jepun sendiri amat menghormati panggilan2 dari pemimpin2 US apatah lagi Presiden Amerika Syarikat sendiri!

5. Rakan Jepunnya barangkali terkejut melihat Dr Mahathir tidak meluru menjawab panggilan Presiden Amerika Syarikat itu dan mereka tahu pendirian Malaysia sama dengan Jepun dalam isu Perang Teluk dimana Malaysia dan Jepun berpendapat tidak ada mana-mana negara dunia berhak menceroboh kedaulatan negara lain.

6. Malaysia mengambil pendirian tidak menyebelahi ekstrimis Islam dan militan Islam sekalipun menghadapi gelora kemarahan dalam negeri terhadap Amerika dan sekutunya.

7. Atas permintaan Bush, Malaysia menghantar Menteri Luar Malaysia, Abu Hassan Omar sebagai utusan peribadinya bagi menjelaskan kepada Ketua Setiausaha Amerika Syarikat James Baker berkenaan dengan pendirian Malaysia terhadap penaklukan Iraq. James Baker mencadangkan untuk jumpa di Oman.

8. Tapi Dr Mahathir arahkan Baker berjumpa Abu Hassan di Lapangan Terbang Texas. Jumpa wakil Presiden Amerika hanya di lapangan terbang!

9. Selepas itu Malaysia menyokong beberapa resolusi PBB dengan mengecam pencerobohan Iraq dan meminta Iraq untuk berundur dari Kuwait seberapa segera.

10. Berikutan itu, PAS mengambil peluang pendirian kerajaan itu dengan mengumumkan untuk menghantar sukarelawan untuk berjuang bersama tentera Iraq menentang tentera kafir.

11. Sebenarnya Dr Mahathir sendiri berada dalam keadaan serba salah ketika ini malah beliau melihat sentimen Melayu Islam dalam isu Perang Teluk ini tetapi hakikatnya beliau tidak menyokong peperangan.

12. Malah, hakikatnya Iraq menceroboh Kuwait dan Iraq tidak mungkin menang di tangan Amerika Syarikat dan sekutunya.

13. Sikap dan perasaan Dr Mahathir itu benar dan Iraq telah kalah dalam peperangan itu. Beliau juga menggunakan point ini untuk berucap di perhimpunan Agung UMNO 1991 dan berkata
"Hari ini kita telahpun melihat peristiwa yang amat memalukan. Sebuah negara Islam yang bebas dan kuat terpaksa tunduk kepada kuasa-kuasa asing kerana bertindak melulu tanpa perhitungan. Apabila kalah dalam peperangan, askar- askar negara Islam ini melutut dan mencium kaki musuh bukan Islam kerana ketakutan. Di manakah semangat dan maruah orang Islam? Apakah ini hasil ajaran agama Islam yang sebenar atau hasil ajaran yang salah oleh mereka yang kononnya lebih berhak mentafsir agama Islam?"

14. "Dalam Perang Teluk ini, tidak ada sesiapa yang boleh menganggap diri mereka tidak bersalah. Negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara yang mendapat senjata daripada orang bukan Islam untuk menakluk negara Islam lain bersalah. Negara yang mendapat pertolongan negara bukan Islam untuk melindungi diri dan kemudian menyerang negara Islam lain bersalah. Negara Islam yang tidak kuat dan dengan itu tidak sanggup meleraikan negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara-negara Islam yang tidak mampu mempertahankan negara Islam yang lemah daripada ditakluk oleh jiran gergasi Islam juga bersalah"

15. " Tetapi yang lebih bersalah ialah mereka yang mentafsir dan membawa ajaran yang dikatakan Islam yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam menjadi semakin lama semakin lemah, mundur, jahil dan mudah diperalat dan dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam hidup di dunia hanyalah untuk persediaan bagi akhirat adalah orang yang bersalah besar. Umat Islam dan agama Islam tidak akan dihina jika tidak kerana ajaran seperti ini. Dan apabila kita menyoal mereka ini, jawapan mereka ialah "Takdir". Tuhan kononnya telah mentakdirkan supaya umat Islam melutut dan menyembah musuh- musuh Islam. Benarkah Tuhan menjadikan orang Islam supaya mereka dihina di dunia ini? Apakah Tuhan benci kepada orang Islam dan mentakdirkan mereka dihina, atau apakah semua ini berlaku kerana tafsiran yang berkepentingan orang tertentu? "

"Kita patut mengambil iktibar daripada ajaran dan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada sesuatu yang lebih mulia disisi Nabi Muhammad s.a.w. daripada amanah. Baginda mendapat gelaran "Al-Amin" kerana beramanah. Kerana amanah, Baginda telah menyampaikan ajaran Islam yang benar. Ajaran Islam yang disampaikan oleh Baginda begitu baik sehingga bangsa Arab yang jahil dan suka berperang antara kabilah- kabilah mereka telah dapat didamaikan, dan dalam jangkamasa dua ratus tahun bangsa yang hanya tahu merayau-rayau di padang pasir telah menjadi bangsa yang kuat, berpengetahuan dan mulia. Dalam masa yang singkat, mereka bukan sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang terbesar dan gemilang di dunia, tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi mereka mendahului bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain. Mereka berjaya menerokai bidang-bidang sains yang baru. Demikian juga orang lain yang memeluk agama Islam di zaman itu mencapai kejayaan yang besar di dunia. Penduduk Asia Tengah yang menjadi orang yang terawal memeluk agama Islam berjaya mengembangkan lagi bidang ilmu sambil memperluaskan lagi wilayah Islam. Demikian kesan Al-Amin Nabi Muhammad s.a.w. yang beramanah"

Bagaimana dengan hari ini?

Tuesday, 6 December 2016

Politik Matang

Eksekutif paling berkuasa dlm negara ialah seorang Perdana Menteri. !!

Dia boleh pilih untuk putuskan hubungan diplomatik dgn Myanmar. Hantar pulang Ambassador Myanmar di Malaysia contohnya.

Dia boleh pilih untuk beri tekanan kpd United Nations untuk masuk dan bantu warga Rohingya.
Dia boleh gerakkan OIC.

Dia boleh gesa negara ASEAN untuk tekan kerajaan Myanmar supaya tidak membisu dlm isu Rohingya.
Dia juga boleh minta persatuan ulama sedunia untuk bersuara.

Dia boleh mintak rakyat Malaysia ramai2 menekan Aung San Su Kyi melalui petition rakyat.
Dan dia boleh buat dasar Boycott Myanmar.

Tapi MO1 negara kita ni pilih untuk berhimpun secara aman!!!

Tak pernah ada pihak kerajaan dimana2 dlm dunia tunjuk perasan dlm negara dia sendiri ...kerana pihak kerajaan ada KUASA untuk berbuat sesuatu .. they ARE in the position to DO Something!

Susah betul saya nak faham Politik Matang yg ni !!!

Friday, 2 December 2016

3 Perkara Yang Merunsingkan Melayu

Kepada rakyat Malaysia sekarang ini ada 3 perkara besar yang merunsingkan mereka:
1. Salahguna kuasa dan penyelewangan 1MDB yang memalukan negara di mata dunia.
2. Kos sara hidup meningkat dan keadaan ekonomi lembab.
3. Projek mega dan hutang baru dengan Negara Cina Komunis bernilai ratusan billion.

Kepada ahli UMNO yang ada di PWTC perkara besar yang merungsingkan mereka juga tiga perkara sahaja.

1. TUN M dan konco konco nya.
2. DAP dan cina
3. Hantu momok.

Nampak tak beza ruang dan jurang antara rakyat Malaysia keseluruhannya dibandingkan dengan dua tiga ribu orang di PWTC.

Thursday, 1 December 2016

EPISOD MELAYU MUDAH LUPA BUAT KJ, SIAPA PENGKHIANAT - TUN M ATAU PEMUDA UMNO?

1. Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion...mana KJ dan Pemuda UMNO yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu?

2. Malulah kepada pemuda2 Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta polis tangkap seorang pemuda Cina  jahat bernama Jho Low ini. Di mana Pemuda UMNO Melayu?

3. KJ pemuda Melayu belajar Oxford tak faham kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura? KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita.

4. KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang. Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan.

5. Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita.

6. Bila seorang negarawan tua berumur lebih 90 tahun kisah dan desak tindakan diambil untuk selamatkan negara, anak-anak muda dalam Pemuda UMNO ini panggil dia pengkhianat?

7. Kamu biarkan seorang  pemuda Cina  Jho Low ini belasah duit rakyat kita, ranap dan siat maruah negara kita. Kamu  jilat lagi pemimpin yang lindungi pemuda Cina ini kerana anak menantunya rakan kongsi, rakan berpoya. Hanya kerana habuan duit untuk kamu, habuan jawatan untuk kamu, kamu rela bangsa ini ditipu hidup-hidup. kalau bukan pengkhianat,  apa lagi nama sesuai kamu wahai Pemuda UMNO?

Petikan di atas adalah tulisan Ezam Mohd Nor yang diambil daripada laman Facebooknya. Sudahkah KJ melihat dirinya di cermin pagi ini sebelum pergi ke Perhimpunan Agung UMNO?