Posts

Rahsia Sentuhan Abang

 Malam itu, selepas anak-anak tidur, Sayang duduk di sofa sambil mengurut lehernya yang terasa tegang. Suaminya, Abang, sedang leka menonton perlawanan bola di televisyen. Dengan suara manja, Sayang bersuara, "Abang, boleh tolong tekan sikit?" Abang yang separuh khusyuk menonton hanya menjawab, "Haa? Tekan apa?" "Tekanlah... kat sini, sakit." Sayang mengangkat tangan ke belakang tengkuknya. Abang mengangguk. "Oh, tekan. Okay, okay." Dia bangun, merenggangkan jari-jarinya, kemudian bergerak ke belakang Sayang. Dengan penuh perhatian, dia menekan tengkuk isterinya dengan lembut, jarinya mengusap perlahan bahu Sayang sebelum memberikan sedikit tekanan. Sayang mengeluh kecil, separuh lega, separuh mengusik. "Abang, jangan kasar sangat, nanti patah leher saya." Abang ketawa kecil, kemudian menundukkan wajahnya lebih dekat ke telinga isterinya. "Macam ni okay?" bisiknya, sambil menekan dengan lebih lembut dan penuh kasih sayang. Say...

Suami, Isteri dan Hantu dot dot dot.

Malam itu, Azman dan Lisa baru sahaja tiba di sebuah rumah lama yang mereka sewa di pinggir kampung. Rumah itu besar, klasik, tetapi agak menyeramkan. Lisa sudah mula rasa tak sedap hati sebaik sahaja melihat tingkapnya yang berdebu dan pintu yang berbunyi kreeek setiap kali disentuh. “Awak yakin nak duduk sini? Rumah ni macam tak pernah ada penghuni selama bertahun-tahun,” Lisa berbisik sambil menarik jaketnya rapat. Azman mengangkat kening. “Awak ni paranoid sangat. Tak ada apa-apa la. Ini rumah murah. Kalau kita tak nak, orang lain ambil.” Lisa menjeling. “Murah sebab berhantu kot.” Azman ketawa kecil. “Hantu pun tak sanggup duduk rumah macam ni. Dah, jom masuk. Dah lewat.” Malam pertama itu, mereka sibuk mengemas barang, tetapi tidak sampai sejam, bunyi aneh mula kedengaran dari dapur. Seperti seseorang mengetuk dinding dengan perlahan. “Man, awak dengar tak?” Lisa memandang Azman, wajahnya sudah pucat. Azman mengangkat kepala dari kotak yang sedang dibuka. “Dengar apa?” “Bunyi da...

Isteri bahagia, kunci kebahagian rumahtangga.

Kos hidup yang semakin meningkat dan ditambah pula dengan kos pendidikan anak-anak yang tinggi, ibu bapa berusaha keras untuk melengkapkan segala-galanya. Jika dulu hanya si suami sahaja yang membanting tulang mencari rezeki, tetapi kini kedua-dua tugasan itu ditanggung bersama isteri. Segala-gala benda yang dihajati tercapai apabila kedua-duanya bekerja. Itu juga apa yang terlintas di fikiran pemuda ini. Tetapi,rupa-rupanya rezekinya bertambah murah apabila isterinya membuat keputusan untuk berhenti kerja. DAH 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya. Dulu, isteri seorang wanita yang bekerjaya, ada pendapatan tetap. Gaji bersihnya hampir RM 3,000 setiap bulan. Hidup mewah bila suami isteri dua-dua bekerja. Dari anak seorang, sehinggalah lahir yang ketiga. Selesa, tak rasa langsung sesak tengah bulan. Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya boleh minta kat dia, then hadirlah nafsu untuk tukar handphone, tukar sport r...

Rumusan tahun 2020

2020 - Satu tahun yang panjang dan penuh dengan pelbagai cerita. 2020 - Ditunggu sekian lama untuk melihat kejayaan sasaran Wawasan 2020 yang pernah menjadi sasaran semua rakyat Malaysia 2020 -  Tahun tragedi politik paling teruk selepas peristiwa 1998  2020 - COVID-19, penyebab rakyat Malaysia dipaksa untuk mengasingkan kehidupan sosial masing-masing 2020- Rakyat Malaysia belajar pelbagai resepi masakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan termasuklah resepi popular seperti Resepi Donut Gebu 2020- Aku sakit pinggang slip disc.

Isteri Kena Selalu Habiskan Duit Suami Supaya Rezekinya Semakin Murah

Kos hidup yang semakin meningkat dan ditambah pula dengan kos pendidikan anak-anak yang tinggi, ibu bapa berusaha keras untuk melengkapkan segala-galanya. Jika dulu hanya si suami sahaja yang membanting tulang mencari rezeki, tetapi kini kedua-dua tugasan itu ditanggung bersama isteri. Segala-gala benda yang dihajati tercapai apabila kedua-duanya bekerja. Itu juga apa yang terlintas di fikiran pemuda ini. Tetapi,rupa-rupanya rezekinya bertambah murah apabila isterinya membuat keputusan untuk berhenti kerja. DAH 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya. Dulu, isteri seorang wanita yang bekerjaya, ada pendapatan tetap. Gaji bersihnya hampir RM 3,000 setiap bulan. Hidup mewah bila suami isteri dua-dua bekerja. Dari anak seorang, sehinggalah lahir yang ketiga. Selesa, tak rasa langsung sesak tengah bulan. Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya boleh minta kat dia, then hadirlah nafsu untuk tukar handphone, tukar sport r...

Apa itu coronavirus?

Apa itu coronavirus? Coronavirus atau NOVEL CORONAVIRUS 2019 (nCoV-2019) merupakan keluarga / strain baharu daripada virus SARs-CoV dan MERs-CoV. NCoV bermakna “novel Coronavirus ” dan CoV bermakna Coronavirus. “Novel Virus” bermakna sebarang jenis virus yang tidak pernah kita temui sebelum ini (emergent) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baharu (extant). NCoV-2019 mula tersebar sekitar akhir Disember lalu di kota Wuhan, Provinsi Huibei, China. Virus ini telah tersebar luas selama lebih sebulan dan merebak ke kota Ezhou dan Huanggang serta lain-lain tempat. Bagaimanakah ia tercetus? Semuanya bermula dari China yang mana virus ini datangnya daripada virus yang tersembunyi dalam badan haiwan dan berjangkit kepada manusia kemudian disebarkan sesama manusia. Wabak ini juga berpunca daripada zoonotic disease iaitu wabak daripada haiwan. Salah satu contoh zoonotic disease yang pernah berlaku dulu adalah wabak e-bola. Bangsa China merupakan bangsa y...

Makan keledek setiap hari dipercayai dapat mengatasi masalah kulit eczema.

Kerap kali kita mendengar masalah ekzema berlaku dalam kalangan kanak-kanak dengan kulit menjadi ruam merah, bengkak dan gatal berpanjangan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa. Bagaimanapun, jangan fikir masalah ini hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak saja, sebaliknya orang dewasa juga boleh mengalaminya. Ekzema merangkumi kumpulan penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Ia bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus jika bertambah teruk. Kulit yang terjejas akibat eczema boleh kembali cantik dan halus kembali tanpa perlu menggunakan streoid. Keledek adalah eczema healer, anti histamine dan anti radang. Terdapat documentary rahsia wanita Taiwan kekal kulit muda dan anjal walaupun dah berusia hanyalah makan keledek. Vitamin dan khasiat yang terdapat di dalam sebiji keledek adalah mengandungi vitamin A, vitamin C and manganese, vi...