Generasi Miskin dan Baghal
Generasi Miskin dan Baghal Makcik Kiah masa kecil2 tahun 60an dulu seorang pelajar yang pintar. tetapi kerana kemiskinan, kerana dia anak sulung ditambah dengan adik2 yang ramai terpaksa mengorbankan pelajarannya, terpaksa membantu keluarga agar adik2 yang lain dapat teruskan pelajaran. Tak pernah kita terfikir yang senario ini akan berulang kembali pada tahun 2017…60 tahun selepas merdeka dan berbaki tiga tahun sebelum kita melangkah menuju negara maju. Pada hari ini berapa ramai anak2 melayu khususnya yang terkandas bukan kerana tidak pandai tetapi tidak mampu untuk meneruskan pelajaran. 9A dalam SPM tidak membawa apa2 makna lagi kerana biasiswa sudah hampir pupus. Tempat untuk ke universiti awam sangat terhad, swasta mencecah 50-60 ribu setahun dan PTPTN kita tahu lebih memudaratkan daripada membantu. Jurusan yang diminati tidak disokong, maka akhirnya anak2 terpaksa berpuashati dengan bidang yang langsung tidak diminati. Kos sara hidup yang tinggi men...