Posts

Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu...

Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari No: 37) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Berpuasa  atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa  dengan meyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah. 2.  Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas, menyempurnakan ibadat puasa dengan memelihara perkara yang boleh merosakkan puasa dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar. 3.  Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi...

Ni yang susah sangat ni...

Alhamdulillah... Keperluan asas seperti Beras, Daging, Telor untuk sepanjang bulan Ramadhan sampai Raya, dah siap. Baju Raya utk emak dan bapaknya juga dah siap... Kereta baru untuk balik kampong juga dah ada. Legaaa............ Sekarang yang tinggal nak cari duit utk beli semua tu.. Ini yg susah sangat ni...

KEMPEN SUMBANGAN RM5.00 SEBULAN UNTUK DANA PEMBINAAN MASJID BANDAR SAUJANA

KEMPEN SUMBANGAN RM5.00 SEBULAN UNTUK DANA PEMBINAAN MASJID BANDAR SAUJANA Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mari la kita mengambil kesempatan untuk bersama sama berwakaf, berinfaq atau bersedekah untuk pembinaan Masjid Bandar Saujana Putra. Kempen Jom Sumbang RM5 ke Dana Pengurusan Masjid Bandar Saujana Putra ● Nama Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ● Nama Akaun: Dana Pengurusan Masjid Bandar Saujana Putra ● Nombor Akaun: 12-159-01-001168-5 Rujukan laman blog: http://masjidbsp.blogspot.my /

Pantun Ramadhan...

Pantun: Ramadan Beli buah kelapa Kupas hari selasa Jangan buat lupa Sabtu mula puasa Tangkap anak rusa Ikat dekat titi Perempuan tinggal puasa Kena cepat ganti Jumpa adik musa Bawa cerik letrik Dekat bulan puasa Mula sakit gastrik Emak buat kuih Sambung minggu depan Malam solat terawih Dua puluh atau lapan Baju tiada pesak Tanya encik hamid Siapa malas masak Berbuka saja di masjid Tali perut berbuih Lihat dengan x-ray Lepas solat terawih Masjid ada morey Dua orang pondan Ketawa berdekah - dekah Dalam bulan ramadan Banyak buat sedekah Masa pergi mekah Kena sakit mata Pengantin baru nikah Siang genjatan senjata Lihat gadis cun Kaki kena duri Jangan main mercun Nanti putus jari Pergi rumah bidan Kenduri daging kekah Selamat menyambut ramadan Semoga beroleh barakah.

Kecil Hati Punya Pasal...

`Kocik ati den Lobai ` Koluh kadir maso singgah boduo minam tea time balik tang sughau tadi. `Apo lak` Tanyo Lobai Sahak sambey nyapai karipap kontang bawah tudung saji. `Lobai tak peghasan ko tadi maso den azan...baghu sepaghuh dah di ghampeh ey mikoropon dek bilal. Macam ni ko oghang islam...takdo budi bahaso` `Bukan macam tu kadir.....` Lobai cubo momujuk. `Sudah la Lobai...oghang mesojid oghang sughau sumo soghupo...memontang la den ghambut panjang...baghu nak belaja ko sughau...sumo mandang den macam oghang jahil` Kadir melopeh an apo yang tobuku lam ati ey. `Apo....kalau nak azan mesti kono sogho sodap? mesti napeh panjang? Kok sogho cam den tak bulih azan...tak sah ?` Sambung ey laie boto-boto tak pueh ati. `Bukan camtu kadir....bilal ghampeh tadi bukan sobab tak sodap....sobab tak boto. Den ngoba an kau jangan kocik ati pulak haa.....Tadi tu ekau tekobir ghayo...bukan ey azan tu doh` Jawab Lobai sambey ngontrol jangan karipap yang di kunyah ey tesombo daghi mulut. selamat nyamb...

Ketam Cina vs Ketam Melayu

Melayu: Hello Apek! Itu ketam ada jual ka? Cina: Ya hello.. Ada… ada… Lu mau ketam Cina ka ketam Melayu? Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina? Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la… Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup? Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan belajar macam mana dia boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la. Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka? Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar. Yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar. MORAL OF THE STORY: Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jik...

Generasi Miskin dan Baghal

Generasi Miskin dan Baghal Makcik Kiah masa kecil2 tahun 60an dulu seorang pelajar yang pintar.  tetapi kerana kemiskinan, kerana dia anak sulung ditambah dengan adik2 yang ramai terpaksa mengorbankan pelajarannya, terpaksa membantu keluarga agar adik2 yang lain dapat teruskan pelajaran. Tak pernah kita terfikir yang senario ini akan berulang kembali pada tahun 2017…60 tahun selepas merdeka dan berbaki tiga tahun sebelum kita melangkah menuju negara maju.  Pada hari ini berapa ramai anak2 melayu khususnya yang terkandas bukan kerana tidak pandai tetapi tidak mampu untuk meneruskan pelajaran. 9A dalam SPM tidak membawa apa2 makna lagi kerana biasiswa sudah hampir pupus.  Tempat untuk ke universiti awam sangat terhad, swasta mencecah 50-60 ribu setahun dan PTPTN kita tahu lebih memudaratkan daripada membantu.  Jurusan yang diminati tidak disokong, maka akhirnya anak2 terpaksa berpuashati dengan bidang yang langsung tidak diminati.  Kos sara hidup yang tinggi men...