Posts

Aku Order Makanan… Tapi Yang Sampai Bukan Untuk Aku

Aku Order Makanan… Tapi Yang Sampai Bukan Untuk Aku Malam tu… aku lapar. Bukan lapar biasa. Lapar yang buat kau buka app… tapi sebenarnya tak tahu nak cari apa. Aku scroll lama. Ayam. Burger. Nasi. Semua nampak hidup. Aku pulak rasa… macam NPC. Akhirnya aku pilih satu. Random je. Aku tekan “order” . Untuk kali pertama… tanpa fikir panjang. Lepas bayar… aku tunggu. 5 minit. 10 minit. 15 minit. Status: “Rider dalam perjalanan.” Tapi pelik. Map tu tak bergerak. Rider… statik. Macam tengah tunggu aku pula. Tiba-tiba phone aku bunyi. “Pesanan anda telah sampai.” Aku buka pintu. Tak ada siapa. Cuma satu plastik makanan… atas lantai. Aku ambil. Ringan. Terlalu ringan… untuk makanan. Aku buka perlahan. Dalam tu… kosong. Tak ada nasi. Tak ada ayam. Tak ada apa-apa. Cuma… satu resit. Nama: Aku Item: Pilihan Yang Tak Pernah Dibuat Jumlah: Ta...

Nasi Kandar? Kenapa Kita Gila Gula — Pandang Belakng Terhadap Budaya Manis

Image
Nasi Kandas? Kenapa Kita Gila Gula — Pandang Belakng Terhadap Budaya Manis Nasi Kandas? Kenapa Kita Gila Gula — Pandang Belakng Terhadap Budaya Manis Di hujung sudu teh ais ada rahsia: kita rindu masa kecil, atau cuma rindu gula? Sebuah renungan pendek di meja kedai mamak. Segelas teh ais: gula + ais + memori. Bab 1 — Bila ‘Tambah Manis’ Jadi Bahasa Rindu Kita pesan, “ kurang ais, tambah manis .” Abang mamak angguk. Sebenarnya, kita tak pesan minuman—kita pesan memori . Rasa manis mengikat cerita balai raya, kuih lapis warna pelangi, dan plastik aiskrim yang disimpul ketat. Manis itu arkib. “Manusia makan gula, tapi selalunya manusia makan kenangan.” Bab 2 — Kuih, Kandas, dan Kandas Setiap kuih ada plot twist: seri muka yang serius, donut yang tak pernah bulat sempurna, keria yang selalu melekat. Kita ketawa. Tapi bila gula jadi jurang...

Rahsia Sentuhan Abang

 Malam itu, selepas anak-anak tidur, Sayang duduk di sofa sambil mengurut lehernya yang terasa tegang. Suaminya, Abang, sedang leka menonton perlawanan bola di televisyen. Dengan suara manja, Sayang bersuara, "Abang, boleh tolong tekan sikit?" Abang yang separuh khusyuk menonton hanya menjawab, "Haa? Tekan apa?" "Tekanlah... kat sini, sakit." Sayang mengangkat tangan ke belakang tengkuknya. Abang mengangguk. "Oh, tekan. Okay, okay." Dia bangun, merenggangkan jari-jarinya, kemudian bergerak ke belakang Sayang. Dengan penuh perhatian, dia menekan tengkuk isterinya dengan lembut, jarinya mengusap perlahan bahu Sayang sebelum memberikan sedikit tekanan. Sayang mengeluh kecil, separuh lega, separuh mengusik. "Abang, jangan kasar sangat, nanti patah leher saya." Abang ketawa kecil, kemudian menundukkan wajahnya lebih dekat ke telinga isterinya. "Macam ni okay?" bisiknya, sambil menekan dengan lebih lembut dan penuh kasih sayang. Say...

Suami, Isteri dan Hantu dot dot dot.

Malam itu, Azman dan Lisa baru sahaja tiba di sebuah rumah lama yang mereka sewa di pinggir kampung. Rumah itu besar, klasik, tetapi agak menyeramkan. Lisa sudah mula rasa tak sedap hati sebaik sahaja melihat tingkapnya yang berdebu dan pintu yang berbunyi kreeek setiap kali disentuh. “Awak yakin nak duduk sini? Rumah ni macam tak pernah ada penghuni selama bertahun-tahun,” Lisa berbisik sambil menarik jaketnya rapat. Azman mengangkat kening. “Awak ni paranoid sangat. Tak ada apa-apa la. Ini rumah murah. Kalau kita tak nak, orang lain ambil.” Lisa menjeling. “Murah sebab berhantu kot.” Azman ketawa kecil. “Hantu pun tak sanggup duduk rumah macam ni. Dah, jom masuk. Dah lewat.” Malam pertama itu, mereka sibuk mengemas barang, tetapi tidak sampai sejam, bunyi aneh mula kedengaran dari dapur. Seperti seseorang mengetuk dinding dengan perlahan. “Man, awak dengar tak?” Lisa memandang Azman, wajahnya sudah pucat. Azman mengangkat kepala dari kotak yang sedang dibuka. “Dengar apa?” “Bunyi da...

Isteri bahagia, kunci kebahagian rumahtangga.

Kos hidup yang semakin meningkat dan ditambah pula dengan kos pendidikan anak-anak yang tinggi, ibu bapa berusaha keras untuk melengkapkan segala-galanya. Jika dulu hanya si suami sahaja yang membanting tulang mencari rezeki, tetapi kini kedua-dua tugasan itu ditanggung bersama isteri. Segala-gala benda yang dihajati tercapai apabila kedua-duanya bekerja. Itu juga apa yang terlintas di fikiran pemuda ini. Tetapi,rupa-rupanya rezekinya bertambah murah apabila isterinya membuat keputusan untuk berhenti kerja. DAH 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya. Dulu, isteri seorang wanita yang bekerjaya, ada pendapatan tetap. Gaji bersihnya hampir RM 3,000 setiap bulan. Hidup mewah bila suami isteri dua-dua bekerja. Dari anak seorang, sehinggalah lahir yang ketiga. Selesa, tak rasa langsung sesak tengah bulan. Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya boleh minta kat dia, then hadirlah nafsu untuk tukar handphone, tukar sport r...

Rumusan tahun 2020

2020 - Satu tahun yang panjang dan penuh dengan pelbagai cerita. 2020 - Ditunggu sekian lama untuk melihat kejayaan sasaran Wawasan 2020 yang pernah menjadi sasaran semua rakyat Malaysia 2020 -  Tahun tragedi politik paling teruk selepas peristiwa 1998  2020 - COVID-19, penyebab rakyat Malaysia dipaksa untuk mengasingkan kehidupan sosial masing-masing 2020- Rakyat Malaysia belajar pelbagai resepi masakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan termasuklah resepi popular seperti Resepi Donut Gebu 2020- Aku sakit pinggang slip disc.

Isteri Kena Selalu Habiskan Duit Suami Supaya Rezekinya Semakin Murah

Kos hidup yang semakin meningkat dan ditambah pula dengan kos pendidikan anak-anak yang tinggi, ibu bapa berusaha keras untuk melengkapkan segala-galanya. Jika dulu hanya si suami sahaja yang membanting tulang mencari rezeki, tetapi kini kedua-dua tugasan itu ditanggung bersama isteri. Segala-gala benda yang dihajati tercapai apabila kedua-duanya bekerja. Itu juga apa yang terlintas di fikiran pemuda ini. Tetapi,rupa-rupanya rezekinya bertambah murah apabila isterinya membuat keputusan untuk berhenti kerja. DAH 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya. Dulu, isteri seorang wanita yang bekerjaya, ada pendapatan tetap. Gaji bersihnya hampir RM 3,000 setiap bulan. Hidup mewah bila suami isteri dua-dua bekerja. Dari anak seorang, sehinggalah lahir yang ketiga. Selesa, tak rasa langsung sesak tengah bulan. Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya boleh minta kat dia, then hadirlah nafsu untuk tukar handphone, tukar sport r...

Apa itu coronavirus?

Apa itu coronavirus? Coronavirus atau NOVEL CORONAVIRUS 2019 (nCoV-2019) merupakan keluarga / strain baharu daripada virus SARs-CoV dan MERs-CoV. NCoV bermakna “novel Coronavirus ” dan CoV bermakna Coronavirus. “Novel Virus” bermakna sebarang jenis virus yang tidak pernah kita temui sebelum ini (emergent) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baharu (extant). NCoV-2019 mula tersebar sekitar akhir Disember lalu di kota Wuhan, Provinsi Huibei, China. Virus ini telah tersebar luas selama lebih sebulan dan merebak ke kota Ezhou dan Huanggang serta lain-lain tempat. Bagaimanakah ia tercetus? Semuanya bermula dari China yang mana virus ini datangnya daripada virus yang tersembunyi dalam badan haiwan dan berjangkit kepada manusia kemudian disebarkan sesama manusia. Wabak ini juga berpunca daripada zoonotic disease iaitu wabak daripada haiwan. Salah satu contoh zoonotic disease yang pernah berlaku dulu adalah wabak e-bola. Bangsa China merupakan bangsa y...

Makan keledek setiap hari dipercayai dapat mengatasi masalah kulit eczema.

Kerap kali kita mendengar masalah ekzema berlaku dalam kalangan kanak-kanak dengan kulit menjadi ruam merah, bengkak dan gatal berpanjangan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa. Bagaimanapun, jangan fikir masalah ini hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak saja, sebaliknya orang dewasa juga boleh mengalaminya. Ekzema merangkumi kumpulan penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Ia bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus jika bertambah teruk. Kulit yang terjejas akibat eczema boleh kembali cantik dan halus kembali tanpa perlu menggunakan streoid. Keledek adalah eczema healer, anti histamine dan anti radang. Terdapat documentary rahsia wanita Taiwan kekal kulit muda dan anjal walaupun dah berusia hanyalah makan keledek. Vitamin dan khasiat yang terdapat di dalam sebiji keledek adalah mengandungi vitamin A, vitamin C and manganese, vi...

Fisioterapi terbaik untuk rawatan sedut kahak

Image
Anda sedang mencari rawatan anak batuk yang tidak melibatkan rawatan penggunaan ubat-ubatan?  anak berusia 2 tahun ke bawah yang batuk dan selsema berpanjangan merunsingkan mak ayah. mana taknya jika tidur malam anak yang tidak lena sekaligus ianya mengganggu juga tidur mak ayah. Evercare Physiotherapy  ada menawarkan rawatan sedut kahak dengan hanya RM40.00 sahaja. Fisioterapi terbaik untuk rawatan sedut kahak Hubungi segera http://tiny.cc/r2eliz http://tiny.cc/r2eliz http://tiny.cc/r2eliz Evercare Physiotherapy 013-4288398

PENYAKIT KEROSAKAN BUAH PINGGANG DAN PUNCANYA.

PENYAKIT KEROSAKAN BUAH PINGGANG DAN PUNCANYA. Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Kasihan kalau tengok pesakit buah pinggang. Di tebuk perut untuk 'Peritoneal dialysis'. Di operate utk AV Fistula. Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali utk mencari urat darah menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah. Susah bernafas akibat air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain. Bila tengok orang, tak berapa rasa, tapi kalau berlaku pada ahli keluarga atau diri sendiri, barulah tahu - how they suffer. Saya tidak mahu itu kesudahan hidup saya. Saya juga tidak mahu ia berlaku pada keluarga & anda semua. It's really PAINFUL. Jaga diri kerana jika kita perlu menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota keluarga akan merasa kesulitannnya. Take care of our own kidney. - Dari Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman. Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure (punca arwah pak mertua saya meninggal semalam) sudah menjadi tida...

Puasa Sunat Arafah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Puasa Sunat Arafah عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة Dari Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: " Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (HR Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji 2.  Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas 3.  Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun. عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ...

Ujian Paling Berat di Dunia Ini...

Jika selipar mu hilang dimasjid... Itu ujian paling ringan. Tetapi jika selipar mu tiada dimasjid, itulah dia ujian paling berat..

Pertanyaan Seorang perempuan Dan Maksud Tersiratnya...

Pertanyaan perempuan dan makna tersiratnya .... 1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? 2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum? Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni! 3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I. 4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi : Tolong picit kepala. 5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek. 6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke? 7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla... Makna tersembunyi : Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je. 8. Kalau perempuan tanya : You...

Koleksi Cerpen Lawak

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana . Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sesampai mereka diperhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB. Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata, Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!! Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni. Si suami ...

Bersahur Membezakan Puasa Muslim

Bersahur Membezakan Puasa Muslim  Dari Amru Ibnu Al-Ash RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:  "Perbezaan antara puasa kita dengan puasanya Ahli Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim No: 1836) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Beribadat perlu mengikut sunnah Rasulullah SAW. 2. Ibadat puasa kita perlu berbeza dengan ibadat puasa ahli kitab iaitu dengan kita makan sahur sebelum fajar. 3. Bersahurlah walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma. Bagi yang berpuasa sebaiknya bersahurlah sebagai mencontohi amalan Rasulullah SAW dalam ibadat puasa dan membezakan ibadat puasa ahli kitab.

Ramadan Bulan Ibadah

Ramadan Bulan Ibadah عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih Pengajaran: Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah: 1.  Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa. 2.  Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa). 3.  Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga.  Mereka yang terus melaksanakan belbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan akan ...

Puasa dan Anugerah

Puasa dan Anugerah عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ Dari Abu Shalih Az Zayyat bahwa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah ...

Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu...

Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (HR Bukhari No: 37) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Berpuasa  atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa  dengan meyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah. 2.  Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas, menyempurnakan ibadat puasa dengan memelihara perkara yang boleh merosakkan puasa dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar. 3.  Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi...

Ni yang susah sangat ni...

Alhamdulillah... Keperluan asas seperti Beras, Daging, Telor untuk sepanjang bulan Ramadhan sampai Raya, dah siap. Baju Raya utk emak dan bapaknya juga dah siap... Kereta baru untuk balik kampong juga dah ada. Legaaa............ Sekarang yang tinggal nak cari duit utk beli semua tu.. Ini yg susah sangat ni...