Posts

Showing posts from January, 2017

Generasi Miskin dan Baghal

Generasi Miskin dan Baghal Makcik Kiah masa kecil2 tahun 60an dulu seorang pelajar yang pintar.  tetapi kerana kemiskinan, kerana dia anak sulung ditambah dengan adik2 yang ramai terpaksa mengorbankan pelajarannya, terpaksa membantu keluarga agar adik2 yang lain dapat teruskan pelajaran. Tak pernah kita terfikir yang senario ini akan berulang kembali pada tahun 2017…60 tahun selepas merdeka dan berbaki tiga tahun sebelum kita melangkah menuju negara maju.  Pada hari ini berapa ramai anak2 melayu khususnya yang terkandas bukan kerana tidak pandai tetapi tidak mampu untuk meneruskan pelajaran. 9A dalam SPM tidak membawa apa2 makna lagi kerana biasiswa sudah hampir pupus.  Tempat untuk ke universiti awam sangat terhad, swasta mencecah 50-60 ribu setahun dan PTPTN kita tahu lebih memudaratkan daripada membantu.  Jurusan yang diminati tidak disokong, maka akhirnya anak2 terpaksa berpuashati dengan bidang yang langsung tidak diminati.  Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ibubapa tenggel

Kemana Perginya Subsidi Kami?

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju… kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara… kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja… kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta… kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta… jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu… tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari? apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah? papa semakin parah? wang semakin lelah? jika semalam berlauk, hari cuma berkuah… kerana kerajaan kita sedang susah? maka subsidi kita terpaksa diserah… jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh… apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah? makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang… jika mereka bertanya siapa yang bawa lari kepada siapa patut kami tuding jari? janganlah nanti mereka membenci pertiwi… akibat pencuri