Saturday, 11 February 2017

Ketam Cina vs Ketam Melayu

Melayu: Hello Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ya hello.. Ada… ada… Lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la…

Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan belajar macam mana dia boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar. Yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

MORAL OF THE STORY:

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga.... Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana dia boleh berjaya. Cina yg dah berjaya itu pula, akan ajar dan tolong Cina lain agar dia pun berjaya juga.

Kalau orang Melayu, bila satu Melayu berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini.

Sebab itu Melayu susah nak maju.
Jadi janganlah kita menjadi seperti ketam itu.
Sama-sama lah kita membantu antara satu Sama lain.

Monday, 9 January 2017

Generasi Miskin dan Baghal

Generasi Miskin dan Baghal


Makcik Kiah masa kecil2 tahun 60an dulu seorang pelajar yang pintar.  tetapi kerana kemiskinan, kerana dia anak sulung ditambah dengan adik2 yang ramai terpaksa mengorbankan pelajarannya, terpaksa membantu keluarga agar adik2 yang lain dapat teruskan pelajaran.

Tak pernah kita terfikir yang senario ini akan berulang kembali pada tahun 2017…60 tahun selepas merdeka dan berbaki tiga tahun sebelum kita melangkah menuju negara maju.  Pada hari ini berapa ramai anak2 melayu khususnya yang terkandas bukan kerana tidak pandai tetapi tidak mampu untuk meneruskan pelajaran.

9A dalam SPM tidak membawa apa2 makna lagi kerana biasiswa sudah hampir pupus.  Tempat untuk ke universiti awam sangat terhad, swasta mencecah 50-60 ribu setahun dan PTPTN kita tahu lebih memudaratkan daripada membantu. 

Jurusan yang diminati tidak disokong, maka akhirnya anak2 terpaksa berpuashati dengan bidang yang langsung tidak diminati.  Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ibubapa tenggelam punca menabung duit sen-sen demi menyambung pendidikan anak2.  Kalau iman sudah menipis, dia pasti sanggup mencuri bahkan membunuh demi anak2.

Seorang rakan bercerita bagaimana dia cuba memujuk anaknya untuk menukar bidang daripada perubatan kepada kejuruteraan kerana perubatan tidak lagi mendapat tempat dinegara ini dan kosnya mencecah jutaan ringgit.  Si anak tidak membantah cuma berkata…”kita suka menjadi doktor bukan kerana nak jadi kaya, tetapi nak membantu memberi rawatan kepada orang miskin dan menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa.  setidaknya itu jihad kita untuk membalas jasa mak dan abah, juga jihad untuk agama, bangsa dan negara.”  Si ayah tidak terkata apa2.  Hari ini si anak sudah 4 tahun mengaji untuk jadi doktor dengan keputusan cemerlang, tetapi tiada sesiapa pun yang tampil membantu.   

Kerajaan kemudian menukar PMR kepada PT3.  Anak jiran yang seorang lagi mendapat keputusan cemerlang.  Memang boleh sahaja diserap ke sekolah berasrama penuh, tetapi kerana menyahut seruan kerajaan melahirkan insan berkemahiran, kebetulan si anak memang ada sedikit bakat maka dihantar ke kolej vokasional.  Tup-tup hari ini keluar berita lulusan diploma KV tidak diiktiraf dan tidak boleh menyambung ke university jika tiada sijil SPM.  Apa ke jadahnya mahu SPM lagi kalau sudah 4 tahun berhempas pulas mendapatkan diploma?

Tahun lepas setengah juta pelajar menduduki peperiksaan UPSR dengan format baru yang susahnya macam SPM.  Keputusan jatuh mendadak apabila hanya 4000 sahaja mendapat semua A berbanding lebih 40 ribu pada tahun tahun sebelumnya.  Jika kualiti yang dicari…nah sudah tersedia didepan mata, namun tanpa modal yang mencukupi apa peluang anak2 ini untuk ke peringkat yang seterusnya?  jika yang 4000 sudah tercekik, yang lagi 496000 bagaimana pula?

Hari ini semua mesti bayar sendiri.  Ramai ibubapa yang kecewa.  Yang ada tiga anak sudah azab, yang ada 5, 7, 10 anak bagaimana?  Mereka yang sudah “give-up” akan berkata “buat apa suruh anak belajar tinggi-tinggi? Last-last berhutang juga, baik terus kerja, baik kahwin dengan menteri, baik jadi orang biasa-biasa jual goreng pisang.” 

Apa jawapan kita kepada soalan-soalan kecewa seperti diatas?  Adakah menteri bertugas masih boleh mendabik dada konon dasar-dasar yang direkanya berjaya?  Apakah dana2 yang dikata sudah sedikit itu mengalir ke tempat yang sepatutnya atau sudah masuk ke kocek sendiri menjadi jam-jam tangan mewah, menjadi ‘mansion’, kereta sport dan jongkong-jongkong emas?  Atau ditabur kepada manusia paling tak berguna, pakai baju merah bikin kecoh demi mengekalkan kuasa?

Nation building bermula dengan pendidikan berkualiti dan mampu buat semua rakyat Malaysia.  Berkualiti dan murah apabila kerajaan menyediakan perbagai inisiatif membantu mereka yang ada usaha, ada sedikit kepandaian dan kemahiran. 

“spare no expense” pada tempat yang betul, janganlah terlalu berkira untuk mewariskan negara ini kepada anak2 yang bakal mewarisi.

Peliknya apabila pasukan bolasepak negeri tiada penaja, maka gegak gempitalah menteri-menteri, kerabat dan tokoh politik mengherdik syarikat korporat, agensi kerajaan pusat dan negeri kerana tidak turun membantu.  Tidak sampai 2 minggu beritanya menghuni muka hadapan (bukan muka sport di belakang lagi), selesailah segala isu…semua happy dan business is back as usual.

Kita marah menteri bodoh dan bangang.  Kita pun sama bangang juga.

Semoga Allah selamatkan negara ini dan gantikan pemimpin celaka kepada pemimpin yang berjiwa beragama.

Tuesday, 3 January 2017

Kemana Perginya Subsidi Kami?

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari

kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju…

kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara…

kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja…

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta…

kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta…

jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu…

tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?

papa semakin parah? wang semakin lelah?

jika semalam berlauk, hari cuma berkuah…

kerana kerajaan kita sedang susah?

maka subsidi kita terpaksa diserah…

jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh

kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh…

apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?

makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang…

jika mereka bertanya siapa yang bawa lari

kepada siapa patut kami tuding jari?

janganlah nanti mereka membenci pertiwi…

akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..

atau kami jadi insan curang…

kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?

tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang…

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!

pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami…

pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati…

kami yang semput bagai melukut di kota kedekut

kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa

bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?

rumah bocor yang lanjut usia…

baju dan kasut anak yang koyak

tinggal dalam rumah yang berasak-asak

siang kami sebak, malam kami sesak…

sedangkan kalian manusia angkasa…

istana permata dibina, kereta berjuta dirasa…

elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga…

hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara…

tapi kami masih di sini..di teratak ini…

dengan lauk semalam..

dengan hidangan yang tidak bertalam…

dengan rumah yang suram…

dengan wang yang hampir padam…

tiada istana lawa…tiada kereta berharga…

tiada layanan diraja..tiada baju bergaya

tiada kediaman menteri…tiada hidangan vip…

tiada persen di sana-sini…tiada bahagian anak dan bini…

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara…

aduhai celaka bahasa yang kalian guna…

kalian yang belasah, kami yang bersalah…

kalian buat untung, hutang kami tanggung…

kalian mewah melimpah, kami susah parah

kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang…

kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa…

kalian makan isi, kami dijadikan abdi…

lantas, kalian rampas lagi subsidi…

ke mana wang itu pergi nanti?

jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami…

jika tidak pun buat gula konon merbahaya

mengapa tidak beras diturun harga?

jika tidak untuk minyak kereta…

mengapa tambang tidak potong sahaja…

tapi entah berapa kali janji…

konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti…

hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi…

kami terus termanggu di sini…

kalian juga yang nikmati…

kami hanya menggigit jari…

kembalikanlah kepada kami harta negara…

jangan hanya kalian sahaja yang merasa…