Posts

Showing posts from December, 2016

Perbualan di sebuah warung kopi di sebuah Felda.

Perbualan di sebuah warung kopi di sebuah Felda. Seorang pak cik leka membelek akhbar Utusan Meloya sambil hisap rokok daun di sebuah meja. Datang seorang anak muda duduk di hadapannya sambil memesan segelas air dari tokeh warung. Dialog seterusnya... Anak Muda: Assalamualaikum, Pak cik Orang Tua: Waalaikum Salam...(sambil terus belek akhbar utusan dan geleng2 kepala) Anak Muda: Nape pak cik geleng2 kepala tu? Ada berita buruk ke pak cik akhbar hari ni? Orang Tua: (letak akhbar, hirup kopi dan memasang rokok daunnya) Ermm..aku pelik dengan Pembangkang ni...Semua yg Najid buat semua salah...Naik harga gula utk kebaikan rakyat pun mereka bantah...pelik betul!! Gula tu memang penyebab kencing manis...memang patut dinaikkan pun.. Anak Muda: Ohh...pasal tu. Abis tu, pak cik setuju ke gula dinaikkan 35 sen? Orang Tua: Memang setuju asalkan rakyat kita terjaga kesihatannya. Najib bagus..ambik berat hal rakyat. Anak Muda: Pak cik sekarang ni ada alami sebarang penyakit tak? (Sambil hirup teh y

Cara Malaysia Ku...

Assalamualaikum. Banyak juga perkara yg dilakukan di Malaysia tidak pernah dilakukan di negara lain khususnya di negara maju. Antaranya: 1. Lori berlumba dengan lori di lebuhraya tanpa menghiraukan keselamatan pengguna lain. Pemandu lori kita kebanyakannya adalah bekas pemandu F1. 2. Lori kontena yang berat tercungap cungap memotong lori lain sehingga menyebabkan lebuhraya menjadi sesak. 3. Lori dipandu di lorong kanan dengan kelajuan tinggi. Kadang kala lori main kejar kejar dengan myvi. 4. Bas ekspres dipandu di lorong kanan dengan kelajuan tinggi sehingga semua 40 penumpang berdoa mengikut keimanan masing2. 5. Lori berebut dengan motorsikal menggunakan laluan kecemasan kerana tak mahu que dalam kesesakan. 6. Pemandu sangat perihatin akan kebersihan keretanya sehingga sanggup campak sampah di jalanraya atau tempat parkir. Yang mustahak adalah kereta dia bersih. Jalan kotor takpa sebab bukan jalan bapak dia punya. 7. Pemandu yang cacat akal meletakkan kereta di parkir orang yang cacat

Masuk Free Keluar Bayar!!

Ada seorang yang membuka bisnes ZOO HAIWAN Di pintu masuknya, dia menulis RM10.00/orang tp tdk ada seorangpun yg masuk..... Kerana beberapa lama tidak ada pengunjung, maka harga tiket pun ia turunkan menjadi RM7.00.. dan tetap tidak seorangpun yg mau masuk.... Disebabkan masih tidak tidak ada juga pengunjung, akhirnya ia turunkan menjadi RM3.00 dan tetap tidak ada pengunjung yang mahu masuk!! Akhirnya ditulislah pengumuman: *"MASUK PERCUMA"* Kemudian ramai org yang berebut2 masuk. Ketika pengunjung di dalam telah penuh, sipemilik ini memutuskan utk membuka semua pintu kandang binatang buas..Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular.... & pintu keluarnya sudah dikunci ! Di pintu KELUAR di tulis: *"Keluar Bayar RM100.00!!!"* Ramai orang berebut membayarnya... Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, banyak berpuasa, banyak minum air masak, banyak bersukan, makan makanan yg menyihatkan, jaga rehat dan tidur secukupnya..tidak ramai org yg mau me

KISAH CARA LAYANAN DR MAHATHIR TERHADAP PRESIDEN USA.

KISAH CARA LAYANAN DR MAHATHIR TERHADAP PRESIDEN USA. Kisah ini pernah ditulis oleh bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin dalam bukunya bertajuk : "Surat daripada Dr Mahathir" dan diringkaskan seperti di bawah :- 1. Pada Perhimpunan Agung UMNO 1991, Tun Dr Mahathir pernah berkata "Jika Malaysia ingin mempertahankan kemerdekaannya, negara ini mestilah mempunyai kekuatannya sendiri, bukan kekuatan ketenteraan tetapi kekuatan ekonomi dan kemampuan untuk membina negara sendiri" 2. Ketika itu Dunia dikejutkan dengan Perak Teluk antara Iraq dan Kuwait pada 1991. 3. Semasa Iraq menceroboh Kuwait, Dr Mahathir berada di Tokyo dan Presiden Bush ketika itu telah membuat panggilan penting dari Washington ke Tokyo untuk bercakap dengan beliau tetapi Dr Mahathir yang ketika itu makan malam dengan seorang rakan Jepun nya tidak melayan panggilan telefon tu dengan segera! 4. Dengan selamba beliau meminta untuk Bush menelefonnya semula kerana beliau masih belum h

Politik Matang

Eksekutif paling berkuasa dlm negara ialah seorang Perdana Menteri. !! Dia boleh pilih untuk putuskan hubungan diplomatik dgn Myanmar. Hantar pulang Ambassador Myanmar di Malaysia contohnya. Dia boleh pilih untuk beri tekanan kpd United Nations untuk masuk dan bantu warga Rohingya. Dia boleh gerakkan OIC. Dia boleh gesa negara ASEAN untuk tekan kerajaan Myanmar supaya tidak membisu dlm isu Rohingya. Dia juga boleh minta persatuan ulama sedunia untuk bersuara. Dia boleh mintak rakyat Malaysia ramai2 menekan Aung San Su Kyi melalui petition rakyat. Dan dia boleh buat dasar Boycott Myanmar. Tapi MO1 negara kita ni pilih untuk berhimpun secara aman!!! Tak pernah ada pihak kerajaan dimana2 dlm dunia tunjuk perasan dlm negara dia sendiri ...kerana pihak kerajaan ada KUASA untuk berbuat sesuatu .. they ARE in the position to DO Something! Susah betul saya nak faham Politik Matang yg ni !!!

3 Perkara Yang Merunsingkan Melayu

Kepada rakyat Malaysia sekarang ini ada 3 perkara besar yang merunsingkan mereka: 1. Salahguna kuasa dan penyelewangan 1MDB yang memalukan negara di mata dunia. 2. Kos sara hidup meningkat dan keadaan ekonomi lembab. 3. Projek mega dan hutang baru dengan Negara Cina Komunis bernilai ratusan billion. Kepada ahli UMNO yang ada di PWTC perkara besar yang merungsingkan mereka juga tiga perkara sahaja. 1. TUN M dan konco konco nya. 2. DAP dan cina 3. Hantu momok. Nampak tak beza ruang dan jurang antara rakyat Malaysia keseluruhannya dibandingkan dengan dua tiga ribu orang di PWTC.

EPISOD MELAYU MUDAH LUPA BUAT KJ, SIAPA PENGKHIANAT - TUN M ATAU PEMUDA UMNO?

1. Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion...mana KJ dan Pemuda UMNO yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu? 2. Malulah kepada pemuda2 Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta polis tangkap seorang pemuda Cina  jahat bernama Jho Low ini. Di mana Pemuda UMNO Melayu? 3. KJ pemuda Melayu belajar Oxford tak faham kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura? KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita. 4. KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang. Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan. 5. Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita. 6. Bila seorang negarawan tua berumur lebih 90