Posts

Showing posts from November, 2016

Orang Lain

DILARANG SOMBONG Lahir: ditolong oleh Orang lain Nama : diberi oleh Orang lain Pendidikan : didapat dari Orang lain Gaji : diterima dari Orang lain Kehormatan: diberikan oleh Orang lain Mandi pertama: dilakukan oleh Orang lain. Mandi terakhir: dilakukan oleh Orang lain  Harta setelah meninggal: menjadi hak Orang lain Pemakaman : dilakukan oleh Orang lain Ternyata sejak lahir hingga meninggal kita selalu memerlukan Orang Lain. Kita mulai sedar bahawa hidup ini memerlukan orang lain : DIMANA KEHEBATAN KITA Ternyata, kita bukanlah siapa-siapa tanpa "ORANG LAIN". Bersahabatlah dengan semua orang kerana kita tidak tahu bila kita memerlukan bantuan mereka.

Pertahankan keMELAYUAN..

Kenapakah di dalam sebuah Negara yang semua ke 9 Rajanya berbangsa Melayu; Perdana Menteri dan Timbalannya, Melayu; Banyak Menteri terdiri dari bangsa Melayu; Semua Menteri Besar dan Tiga Ketua Menteri juga Melayu; Pegawai Tinggi kerajaan dan Ketua-Ketua jabatan ramai Melayu; Banyak pemimpin dan tenaga pelajar di universiti-universiti kerajaan terdiri dari bangsa Melayu; Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung kebanyakannya Melayu; Ketua dan Pegawai Angkatan Bersenjata, Polis dan Tentera, dikuasai oleh Melayu. Tetapi pemimpin MELAYU terus melaung laungkan selamatkan MELAYU? Selamatkan MELAYU dari apa? Apakah sebabnya?

TABIAT BERUK YANG MERUGIKAN

TABIAT YANG MERUGIKAN Mengikut ceritanya, apabila seseorang itu sudah membuat keputusan untuk menangkap beruk beliau terlebih dahulu mempelajari perangai beruk itu dan selepas itu mencari tempat di mana beruk berhimpun dengan banyaknya. Apabila sudah mengetahui tempat beruk berhimpun maka di waktu beruk tidak ada di situ si pemburu ini akan datang ke tempat itu dengan membawa antara 10 ke 20 biji kelapa muda yang telah ditebuk lubang kecil sekadar boleh beruk memasukkan tangannya ke dalam kelapa itu. Semua air dan isi dalam kelapa muda telah dikeluarkan oleh si pemburu dan kawan-kawannya untuk dimunafaatkan. Tiap sebiji kelapa isi dan airnya itu telah dipaku di hujung seutas rantai besi yang panjang sekitar 10 ke 20 meter bergantung kepada keadaan. Tiap satu dari 10 atau 20 buah kelapa itu mempunyai rantai masing-masing. Si pemburu akan meninggal semua buah kelapa di lapangan tempat yang selalu didatangi oleh beruk sementara hujung rantai yang lain diikat di belakang sebuah kere

PERBAHASAN BAJET 2017 – KEMENTERIAN KEWANGAN

PERBAHASAN BAJET 2017 – KEMENTERIAN KEWANGAN Hutang kerajaan telah melonjak 88.1% dari RM348.6 bilion (2009) kepada RM655.7 bilion (Jun 2016) atau 54.8% daripada nilai GDP kita. Lalu Bayaran Khidmat Hutang melonjak 104% dari RM14.2 bilion (2009) kepada RM26.6 bilion (2016). Nisbah Bayaran Khidmat Hutang pun turut meningkat; dari 9.0% kepada 12.5% dalam tempoh tersebut. Pada tahun 2017, hutang berkenaan akan menokok lagi sebanyak RM40.3 bilion, sebelum ditolak Bayaran Khidmat Hutang. Dalam pada itu, dilaporkan hutang terbaru atau bakal dipinjam yang besar-besar, antaranya, adalah seperti berikut:       a) Hutang MRT 1, 2 & 3      = RM120 b       b) Hutang HSR                     = RM60 b       c) Hutang 1MDB                  = RM53 b       d) Hutang ECRL                   = RM55 b       e) Hutang LRT3                    =  RM10 b                   Jumlah                       = RM298 b Seterusnya saya difahamkan kerajaan juga komited terhadap liabiliti hutang off-budget. Justeru

Fakta Fakta berkenaan bulan...

Fakta Fakta berkenaan bulan... Orang Amerika apabila melihat bulan, mereka akan berfikir bagaimana hendak menakluki bulan. Orang Russia apabila melihat bulan, mereka akan berfikir macam mana nk pegi bulan. Orang China apabila melihat bulan, mereka akan berfikir perniagaan apa yang boleh buat di bulan. Orang Malaysia apabila melihat bulan, kita akan berfikir macammana nak hidup bulan ni dan bulan bulan yang mendatang seterusnya....